Nasihat Keris Mas

"Kita tidak mungkin mengamalkan autonomi seni untuk melaksanakan komitmen ini (iaitu pembinaan insan cemerlang) kerana kita mesti khuatir kepada kemungkinan bahawa autonomi itu akan memesongkan kita kepada komitmen kesenian semata-mata dengan tidak mengendahkan hakikat bahawa kita adalah manusia yang berkepercayaan tentang nilai-nilai, tentang norma-norma dan logika."

"Bagi seorang penulis sastera syarat yang pertama untuk menghasilkan tulisan yang berkesan, berunsur estetik dan pemikiran, ialah penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa memungkinkan seseorang memanipulasi segala kemungkinan pemakain bahasa. Gaya bahasa tidak lain daripada hasil manipulasi bahasa."


*Petikan daripada buku Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, DBP, 1990.

Comments

Popular Posts