Novel Ulung Sastera Belanda: The Evenings
Berapa banyak cereka yang bermula dengan watak bangun dari tidur? Menulis adalah sama seperti bangun dari mimpi; ada "diri" yang hilang ketika bermimpi; saat kita duduk di tepi katil mengurut paha dengan mata berbinar-binar, kita sedang menunggu, "diri" itu untuk kembali; ibarat kelasi yang terkandas, menanti bayang kapal yang akan datang membawanya pulang. Maurice Blanchot menulis dalam pengenalan kepada buku Michel Leiris Night As Day, Days As Night:
"The person who wakes up in the morning experience a curious urge to tell: he immediately seeks out some listener whom he would like to have participate in the wonders he has just undergone, and is occasionally somewhat surprised to discover that this listeners does not share in his amazement."
Novel Gerard Reve The Evenings menceritakan kehidupan harian seorang kerani bernama Frits van Etgers di Amsterdam pada tahun 1946. Reve membahagikan novelnya kepada sepuluh bab, dan struktur naratif beliau bagi setiap bab hampir sama, malah boleh dikatakan berulang: Frits bangun, pejam mata semula, bangun lagi, mimpi lagi, dan akhirnya bangun untuk memulakan hari; dia menemui mak ayahnya di dapur atau ruang tamu, mereka akan bersarapan; Frits kemudian akan keluar berjalan menyusuri terusan yang digambarkan sebagai permukaan ais yang beku keras; Frits akan ke rumah saudara atau salah seorang sahabatnya; ke mana-mana Frits berada, dia akan mengira waktu menuju malam; menjelang senja Frits sudah mula merancang untuk menonton wayang atau melepak minum; selepas pulang ke apartmen, kita akan melihat persediaan Frits untuk masuk tidur, dan mimpi semula. Selepas tiga bab mengikuti rutin Frits, kita sudah rasa dekat dengan kehidupannya, dan ini dibantu oleh kepandaian Reve membina perbualan bersahaja dan komedi di antara watak-wataknya.
Mengapa Frits dalam novel ini sentiasa kelaur merayau dan mencari orang untuk berbual? Mungkin dia bosan; dia suka mengusik kawan-kawannya (Frits ada obsesi aneh dengan orang berkepala botak); mungkin dia penat bertengkar dengan maknya di rumah; atau mungkin ada sisa mimpi dari semalam yang masih dicari-cari olehnya.
Tanda seorang novelis sejati ialah keupayaan untuk mengusai naratif waktu. Beliau boleh memerlahankan atau mempercepatkan atau menunda terus perjalanan naratif menggunakan pelbagai kaedah penulisan. Kita sudah melihat bagaimana Reve membahagikan hari mengikut bab, kemudian menyusun garis cerita bagi setiap bab, dari siang ke malam. Beliau juga mengawal waktu melalui tindakan dan konflik dalaman Frits sendiri. Kesukaran Frits bangun tidur setiap pagi barangkali adalah gambaran bangun tidur paling terbaik yang pernah ditulis oleh mana-mana pengarang. Kita menunggu dan menunggu dengan harapan mimpi semalam akan kembali; namun setiap minit ia semakin pudar, sehingga akhirnya siang meragut mata kita daripada pelukan malam. Satu lagi cara Reve mengawal naratif ialah memanfaatkan cuaca dan persekitaran wataknya. Berikut ialah satu contoh momen Frits sedang duduk di tepi tingkap pada waktu pagi:
"Returning to the living he took a newspaper from the rack and sat down by the window. Outside he saw passers-by walking quickly, their faces stern and tense. The sky was a solid grey, with a dirty, yellow tint to it. From the divan he could see the street. In the two hours that he sat there, paper in hand, without reading a word, there passed in various directions: four soldiers; two women, each with in a pram; a young couple, the husband carrying a child; a boy with a girl on the back of his bicycle; and a group of children herded along by two gentlemen. He watched as the neighbour tried to lure his dog, which was refusing to enter the house, with coaxing and with threats. 'I just sit here and sit here and don't do a thing,' he thought. 'The day's half over.' It was a quarter past twelve."
Sebagai novel tentang pejalan kaki, The Evenings sememangnya berada dalam liga teratas bersama novel-novel pejalan kaki lain. Tetapi di manakah ia berdiri dalam sejarah novel Eropah?
Menurut Society of Dutch Literature, The Evenings oleh Gerard Reve ialah novel terbaik dalam sastera Belanda. Saya tidak berhasrat untuk mempersoalkan kenyataan ini; pengalaman saya membaca sastera Belanda juga masih terbatas. Tetapi membaca The Evenings selepas hampir tiga bulan larut dan tenggelam dalam buku kedua Proust In Search of Lost Time, terasa seperti ikan dimuntah keluar dari usus ikan paus putih.
Comments