Tiga Majlis Hari Jadi


Semasa umur saya tujuh tahun, saya menerima sebuah basikal roda empat berwarna merah sebagai hadiah hari jadi, tetapi sehingga ke hari ini saya masih tidak tahu bagaimana hendak mengayuh basikal. Mak dan ayah telah siapkan sebuah parti kecil di rumah. Kawan-kawan berserta anak mereka telah dijemput sebagai tetamu. Tidak ada seorang pun saya kenal. Saya tinggal di Alor Setar, sementara sekolah saya jauh di pendalaman Pendang. Kawan sekelas tidak mungkin boleh datang, walaupun dalam hati saya harap mereka dapat melihat saya memotong kek Ninja Turtles. Buah epal telah dipotong dan puding koktail kegemaran mak siap disusun di dalam peti sejuk. Saya memakai seluar jeans, kemeja kolar merah corak petak, dan topi badut. Seorang demi seorang tetamu datang membawa hadiah. Saya duduk di depan TV, menerima hadiah, dan menyusunnya di tepi dinding dengan rasa tidak sabar menanti majlis selesai. 

Sekali itu sahaja mak ayah pernah adakan parti hari jadi untuk saya. Memori itu datang kembali baru-baru ini ketika saya sedang membaca novel James Salter Light Years. Salter adalah sebahagian kecil novelis yang boleh menggunakan bahasa seolah-olah ia adalah berus untuk melukis lukisan. Halaman demi halaman saya menelan imej ciptaan Salter dan ia sentiasa meninggalkan kesan yang manis di memori. Salah satu babak manis itu ialah sebuah majlis hari jadi:    


For Franca's birthday there was a marvelous tablecloth Nedra had made, a jungle of flowers she had cut out of paper and then glued flat, piece by piece, the richest ferns and greens imaginable. She also made invitations, games, hats. There were chef's hats, opera hats, blue and gold conductor's hats with names painted on them. Over the table hung a great papier mache frog filled with gifts and chocolate coins. Viri played the piano for musical chairs, scrupulously careful not to look at the nervous marchers. Leslie Dahlander was there, Dana Paum whose father was an actor. There were nine little girls in all, no boys.  

A cake with orange icing. Nedra had even made ice cream pungent with vanilla, so thick it stretched like taffy. The house was like a theater; there was the performance, in fact, of Punch and Judy to end the day, Viri and Jivan kneeling behind the stage, the script strewn between them, the limp forms of puppets arranged according to their appearance. The children sat on couches, screaming and clapping. They knew it by heart. In the midst of them was Franca. On this day of her birth she seemed more beautiful then ever before. 


Ringkas dan singkat babak ini, tetapi ia sangat jelas sehingga kita rasa seperti berada di situ. Setiap satu imej yang Salter letak dan susun mempunyai makna dan nilai memori kepada wataknya. Ia diletak bukan untuk sekadar memberikan kesan realisme seperti yang terdapat dalam kebanyakan novel konvensional murahan. Mata Salter ialah mata seorang penyair dan dia tahu bagaimana untuk menggantungkan lukisan dalam fikiran pembacanya.

Satu lagi majlis hari jadi saya ingat datang daripada novel Karl Ove Knausgaard My Struggle. Kalau pendekatan Salter ialah melukiskan imej nostalgia, pendekatan Knausgaard ialah memberikan pengalaman harian yang biasa dan mendatar. Saya tidak tahu jika ada novel lain yang pernah menggambarkan sebaik ini kebosanan seorang ayah membawa anak-anak ke majlis hari jadi. Salter hanya memerlukan dua perenggan; Knausgaard memerlukan halaman yang sangat banyak. Kalau terpkasa membuat pilihan, saya tidak tahu majlis mana satu saya akan hadir. Majlis diri sendiri tidak akan berulang. Lalu kita terpaksa datang ke majlis hari jadi orang lain untuk merasakan yang usia kita masih muda dan masih banyak lilin kek yang menanti untuk ditiupkan.
       

Comments

Popular Posts