Puisi Pilihan Puzi Hadi

 
Saya mengenali Puzi Hadi melalui bukunya Lokomotif yang saya kira adalah antara kumpulan puisi paling eksperimental negara kita pernah hasilkan. Ramai orang lebih ingat A. Ghafar Ibrahim sebagai penyair audio-visual, tetapi Puzi juga adalah antara tokoh pentingnya, walaupun kehadiran Puzi di pentas tidaklah sedramatik AGI. Kebelakangan ini saya lihat penulis muda seperti Jack Malik dan Tulangkata membawa kembali imej penyair pentas gaya AGI dan Puzi. Mungkinkah lokomotif puisi audio-visual akan bergerak semula? Kita tunggu sahaja.
 
Sempena Hari Puisi Sedunia 2016, Puzi Hadi mengirimkan kepada saya puisinya sendiri yang ditulis untuk Allahyarhamah isterinya, Zaidi Sharif:
 
 
TIADA DAN TIADA DAN TIADA
(Allahyarhamah Zaida Sharif, 24/10/1955-1/2/2016)
Februari 13, 2016
 
 
Dan tiada lagi di sisi t'lah disambar burung petang nggak tertangkap tangan sepantas angin meregut petak saat dan minit jam dan membius mesin membisu.
Kapal kian mendekati pelabuhan.
Denyut nadi kian tak menari. Nol.tak
Kencang nafas kian tak menyanyi. Nol.
Degup jantung kian tak berdendang. Nol.
__________
__________
__________
Tiada
dan tiada
dan tiada
dibawa pulang ke rumah jauh betapa tiada itu benar - tiada itu ada - tiada itu tiada.
---------------------------
 "Sdr Wan Nor Azriq. Tk atas hajat sempena Hari Puisi Sedunia. Puisi ini amat disayangi dirindui dicintai atas pemergian arwah isteri, Zaida Sharif ke Rahmatullah 51 hari yg lalu pd 1/2/16. Kehilangan luar duga sementelah kegigihan arwah lalui derita ujian dari Ilahi sejak 2004 berterusan ke 2012 dan 2015 dlm pelbagai situasi serta penutupnya tahun 2016. Puisi ini mengalirkan air mataku mengingatinya yang tiada galang ganti hendaknya. Wallahuaklam. Al-Fatihah utk arwah. Aammiiinnn."
 
 

Comments

Wan A. Rafar said…
Turut berduka di atas kehilnganganya. Alfatihah untuk arwah.
Selamat menyambut Hari Puisi Dunia.

Popular Posts