Novel Kesepuluh: Zbinden's Progress

 
"Do you know what it means to go for a walk? Going for a walk is: acquiring the world. Celebrating the random. Preventing disaster by being away. Speaking to the bees though you're already a bit too old for that. Not being especially rushed on a street that's like an oven in the afternoon sun. Missing the tram. Remaining within earshot of gloomy lads whose voices haven't completely broken yet. Reading with Bobby, the skid-marks left in the snow by people who slipped. Going at your own pace. Going for a walk is: saying hello to more people than you know... Going for a walk is: always wishing a little more than a walk can offer, but never wishing it so much that you get discouraged. A walk can cure troubled soul and a broken heart. The door's open; step out and be blessed."
 
 
Ya, ini adalah sebuah novel tentang berjalan kaki. Judulnya ialah Zbinden's  Progress karangan Christoph Simon dari Switzerland. Ia sudah tentu akan mengingatkan kita kepada seorang lagi pejalan kaki hebat iaitu Robert Walser. Novel ini bukan sahaja tentang berjalan: ia juga tentang pengalaman menjadi tua dan menghadapi kematian. Lukas Zbinden telah kehilangan isterinya dan kini tinggal di rumah jagaan orang tua. Lukas mengisahkan semula pengalaman hidup  bersama isterinya, Emile (juga seorang pejalan kaki), kepada Kazim yang merupakan penjaga baru di rumah itu.
 
Berbeza dengan kebanyakan watak pejalan kaki, Lukas lebih senang berjalan berdua. Dan Emile memang pasangan terbaik untuk Lukas kerana minat mereka sebagai pejalan kaki tidak sama. Emile lebih senang berjalan di kawasan hutan dan kampung; dia ingin melihat alam. Sementara Lukas ialah seorang pejalan kota; dia gemar mengutip perbualan daripada orang-orang asing. Justeru sebagai suami isteri mereka saling melengkapi dan memberi pendidikan antara satu sama lain.
 
Virginia Woolf pernah kata kita pergi kepada seorang novelis "mencari bab, bukan binaan kalimat." Tetapi novel Christoph Simon tidak mempunyai bab, hanya bangku-bangku rehat di ruang putih antara perenggan. Simon ingin kita berjalan dalam buku ini, sambil memegang tangan Lukas Zbinden, kerana sebagai orang muda kita kadang-kadang leka dan lupa untuk mendengar nasihat orang tua, dan kalau kita sudah tua, kita kadang-kadang lupa bagaimana untuk melepaskan hidup dan memori kita.
 
Mungkin anda bukan seorang pejalan kaki, dan mungkin seperti kebanyakan orang dalam hidup Lukas, anda rasa berjalan kaki sebagai membuang masa. Kalau begitu, bacalah novel ini untuk melihat hubungan antara Lukas dan Emile kerana saya tidak tahu jika ada pasangan suami isteri dalam dunia novel yang saya rasa lebih dekat dan intim daripada mereka. Selain itu bacalah novel ini untuk meredupkan mata anda dan menenangkan hati setiap kali anda rasa seperti waktu sedang meragut usia anda.   
 
"Listen: one of the beauties of this town is the green river that, as the poet says, embrace the town. I often go for a walk there. People jump in, to float from one bank to the other. Boats wherever you look, their sterns blunted. At the weir, a bridge leads across. The water crashes down, a larger piece of wood is dancing. I observe how the wood goes under and come back up and turns in a circle. From time to time, it looks as if the current could come and carry it off. But the maelstrom grabs it again. When I return the next day, the piece of wood is still there. The vortex keeps getting hold of it. Can you imagine that? The current is there, and the wood comes up and goes under and it turns in a circle. Human lives are often no different. It's always the same three windows that the world is seen through: the window in the room, the windscreen in the car, the google box. On the one hand, people know they need to act, if they want to change anything. On the other, that's exactly what they don't do, as they're afraid of the consequences."
 
Saya bersetuju dengan pendapat  Ridhwan Saidi: sebagai seniman bangsa Timur kita tidak boleh menjadi terlalu pesimistik seperti Eropah. Walaupun bukan semua karya Eropah itu pesimistik (dan novel ini antaranya), tetapi saya faham apa Ridhwan maksudkan. Seni harus memberikan harapan, atau sekurang-kurangnya seni harus membuka ruang untuk kita bernafas.    

 

Comments

Popular Posts