Selesai Dengan Harold Bloom

 
 
Saya ingat ada suatu masa ketika Harold Bloom adalah pengkritik sastera paling penting dalam hidup saya. Sekarang setelah hampir tujuh tahun bersamanya, hubungan saya dengan Bloom sudah selesai. Saya bukan mempertikaikan kanon yang Bloom telah bina atau pendapatnya terhadap penulis-penulis di dalam kanon itu. Saya cuma telah bertukar angin dan memilih untuk tidak singgah lagi di pintu pemikirannya. Baru-baru ini Scott Esposito ada nyatakan di Twitter bahawa sudah sampai masanya Bloom tahu bukan semua benda boleh dikaitkan dengan Shakespeare. Memang betul: Shakespeare harus dilepaskan sebagai menghormati kepengarangan Shakespeare, dan bukannya menjadikan Shakespeare sebagai idola untuk disembah. Dengan melepaskan Shakespeare (mahupun Cervantes, Dante, Joyce, dan sifu-sifu lain), kita tidaklah menafikan pengaruhnya kepada sastera dunia, tetapi kita memberi ruang dan turut meraikan anak-anak dan cucu-cucu yang telah mewarisi tradisi penulisannya.
 
Saya sedar sekarang, setelah tahun demi tahun membaca karya sastera, minat saya pada gagasan dan idea-idea besar sudah surut. Polemik pun tidak penting lagi untuk saya, mahupun nilai anugerah-anugerah besar kesusasteraan. Ada keindahan dan warna emosi dalam sebuah buku yang tidak boleh dilunturkan oleh kritikan, pujian, perdebatan, wang, dan anugerah - buku seperti ini sentiasa hidup dan ia hidup bebas untuk menentukan sendiri takdirnya tanpa campur tangan daripada kita.  
 
 

Comments

Popular Posts