Memperkenalkan Isaac Babel Kepada Roslan


Jumpa Roslan Jomel di Pasar Seni semalam. Saya tunjukkan Isaac Babel kepadanya. Dia membaca dengan penuh minat; bibir terkumat-kamit seolah-olah roh Isaac Babel dalam buku itu sedang bercakap dengannya. Cerita-cerita awal Babel memang pendek. Ia sangat berbeza dengan dunia Chekhov walaupun kedua-dua orang mereka mementingkan aspek realisme. Saya tak tahu adakah Roslan akan membeli dan membaca Babel dengan lebih mendalam. Saya selalu meraskan Kafka dan Murakami dan Marquez ialah penulis yang lebih sinonim dengan dunia imaginasinya.

Saya sendiri tidaklah begitu meminati karya Babel. Saya tidak tahu apa yang saya minat sekarang.

Comments

roslan jomel said…
Isaac Babel penulis genius, my friend.

Tq kerana memperkenalkannya kepada aku. Dan seperti yang aku tahu bahawa Isaac Babel berketurunan Yahudi. Lagilah mencabar. :)

Sekarang aku membaca beberapa maklumat sejarah penulisan serta ulasan ke atas karya-karyanya di internet.

Apakah yang kita minat? Pada umur seperti kau, aku memang mencari siapakah penulis yang boleh mempertingkat kecenderungan dalaman penulisan aku nanti. Pencarian sebegitu bukan mudah. Jika aku tidak menemuinya di sini, aku akan mencari di luar sana.

Dan aku telah menemui beberapa penulis genius yang aku minat untuk memperdalamkan kecenderungan penulisan aku. Aku idak mungkin sehebat mereka. Itu tidak menjadi apa-apa. Setiap individu memiliki cerita masing-masing. Maka fiksyen tidak sepatutnya stereotaip.

Popular Posts