The Mysterious Flame of Queen Loana (Eco)

"I was struck by the almost obsessive recurrence of images of Holmes seated with Watson or others, in a train compartment, in a brougham, before the fire, in an armchair covered with white fabric, in a rocking chair, beside a small table, in the perhaps greenish lamplight, in front of a just-opened chest, or standing, while reading a letter or deciphering a coded message. Those images said to me: de te fabula narrator. At that moment Sherlock Holmes was me, intent on retracing and reconstructing remote events of which he had no prior knowledge, while remaining at home, shut away, perhaps even in an attic. He too, like me, motionless and isolated from the world, deciphering pure signs. He always succeeded in making the repressed resurface. Would I be able to? At least I had a model."


Sherlock Holmes ialah antara idola yang membentuk personaliti Yambo , watak utama novel The Mysterious Flame of Queen Loana. Dalam penulisannya Umberto Eco dipengaruhi oleh dua orang penulis: Borges dan Joyce. Apabila kita masuk ke dalam dunia Borges kita rasa seperti sedang berjalan dalam sebuah perpustakaan lama. Perpustakaan itu akan dikelilingi oleh cermin dan setiap cermin akan menambahkan bilangan buku sehingga setiap buku itu menjadi memori kehidupan. Memori itu sudah tentu milik Borges. Tapi ia juga milik kita seperti Don Quixote yang asalnya milik Cervantes telah menjadi milik Borges dan sesiapa yang membaca Borges. Begitulah tujuan pembacaan yang paling unggul; kita menyerahkan diri kita kepada kekuasaan sebuah karya sastera. Kekuasaan itu datang daripada diri seorang penulis yang sudah mengenali dirinya dan telah menjadikan dirinya cahaya yang menerangi bilik-bilik kegelapan dalam minda pembacanya.

Dalam novel The Mysterious Flame of Queen Loana, seperti kebanyakkan novel Salman Rushdie, kita tidak lagi menemui diri seorang penulis. Tapi kita menemui seorang manusia yang mendefinisikan kewujudannya melalui watak sebuah novel, komik, filem, lagu, dan puisi. Yambo, seorang penjual dan pengumpul buku antik di Itali, telah bangun pada suatu hari dan mendapati dia telah kehilangan ingatan. Dia tidak tahu siapa dirinya dan juga orang-orang yang pernah dikenalinya. Dia hanya ingat buku-buku yang pernah dibacanya. Jadi, plot novel ini ialah mencari kembali memori Yambo. Kalau dalam novel penulis moden seperti Proust dan Woolf mecari memori maksudnya ialah kembali ke masa dahulu; meingat semula orang-orang yang kita pernah kenali dan latar yang sangat bermakna dalam hidup kita. Misalnya, kembali ke rumah musim panas seperti yang dilakukan oleh keluarga Ramsy dalam To The Lighthouse. Atau menulis sebuah memoir seperti Bras Cubas dalam Epitaph of Small Winner yang telah mati ketika dia mengarang memoirnya. Disebabkan kebanyakkan watak pascamoden sering mengalami paronia budaya dan personaliti, maka kembali ke masa silam bukan lagi bermaksud mencari diri sendiri, tapi mencari komik, novel, filem, dan muzik. Apabila Yambo pulang ke rumah ibu bapanya, dia mencari semula komik dan buku yang pernah dibacanya. Flash Gordon, Mickey Mouse, dan The Phantom ialah antara beberapa watak komik yang pernah dibaca oleh Yambo. Pencarian demi pencarian ini pada mulanya nampak seperti menarik, tapi lama kelamaan ia membuat minda kita tersumbat dengan lambakkan detail. Minda Eco tidak dinafikan seperti sebuah ensiklopedia, tapi ia tidak berada di dalam sebuah perpustakaan universal seperti Borges.

Comments

sarah said…
saya pun ingin jadi amnesia seperti yambo, hanya mencari memori tentang apa yang pernah dibaca sahaja.
biblio yang mencari dirinya dalam buku? hehe.. saya pun tak tahu :)
[kena buka kamus ni]
Mohd Ali Atan said…
wan nor azriq, teruskan pembacaan anda.jgn cepat mengalah jika karya tidak tersiar.semua pengarang dunia tidak menjadi pengarang dunia sekelip mata dan sepanjang masa. Ada masa, tempoh dan temponya. Nanti bila sudha masak dan tiba anda akan kecapi juga. Yg penting IKHLAS.
Wan Nor Azriq said…
terima kasih saudara ali atan atas nasihat anda.

Popular Posts